An Idiots Introduction to Setting Aside A Default Judgment
Penghakiman Ingkar adalah suatu
penghakiman yang diperolehi oleh Plaintif terhadap Defendan selepas Defendan
ataupun peguamcaranya gagal memasukkan kehadiran mengikut Aturan 13
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ataupun gagal memfailkan Pernyataan Pembelaan
mengikut Aturan 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk
mengenepikan suatu Penghakiman Ingkar. Kuasa budi bicara ini adalah sebagaimana
yang diputuskan didalam kes Mahkamah Persekutuan, Fira Development Sdn Bhd v Goldwin Sdn Bhd [1989] 1 MLJ 40 [Tab A
muka – Ikatan Autoriti Defendan], Hakim didalam kes tersebut memutuskan seperti
berikut:
Where judgment
is entered on the failure of a defendant to take any of the procedural steps
laid down under the Rules of the High Court 1980, the court has an absolute
discretion to set aside the Judgment on terms and allow the case to be heard on
the merits.
Ini adalah kerana suatu
Penghakiman Ingkar bukanlah suatu Penghakiman yang dibuat berdasarkan merit.
Secara ringkasnya, pembelaan bermerit beerti pihak Defendan, didalam Pernyataan
Pembelaannya, hanya perlu menimbulkan yang dirasakan perlu kepada satu proses
bicara penuh dan pembelaan tersebut bukanlan pembelaan yang palsu.
Prinsip
yang diguna pakai oleh Mahkamah didalam memutuskan suatu permohonan untuk
mengenepikan Penghakiman Ingkar adalah sama seperti prinsip yang digunakan oleh
Mahkamah untuk memutuskan permohonan untuk Penghakiman Terus mengikut Aturan 14
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dr. Wong Kim Fatt didalam rencana perundangan
beliau, Setting Aside Default Judgments
Revisited [2011] 4 MLJ Ixxxi, Malayan Law Journal Articles [Tab B muka –
Ikatan Autoriti Defendan], dipetik
sebagai berkata:
In a nutshell, a defence
on the merits simply means that the defendant need only raise in his statement
of defence an arguable case or a triable issue, ie an issue that the court
considers to be fit for trial and that the defence must not be a sham defence.
This is similar to a plaintiff's application for summary judgment under O 14 of
the RHC, in which the defendant need only raise a triable issue in order to
obtain leave to defend the claim. The registrar or the judge cannot conduct a
trial on the conflicting affidavit evidence before him
Hakim
Mahkamah Persekutuan didalam kes Fira
Development [Tab A muka – Ikatan Autoriti Defendan], seterusnya menjelaskan
bahawa Mahkamah perlu menilai merit pembelaan yang dikemukakan oleh Defendan.
Hakim memutuskan seperti berikut:
We are unable to agree with the reasoning of the learned judge. First,
where an application is made for setting aside a judgment in default, the
learned judge would have to consider the merits of the case.
Pemohon
juga perlu menunjukkan bahawa pembelaan beliau bukanlah pembelaan yang palsu (sham
defence), tetapi suatu pembelaan prima
facie, yang ditimbulkan sebagai alasan-alasan kukuh yang boleh dijadikan
sebagai pembelaan bone fide. Sekiranya
sesuatu pembelaan tersebut palsu, permohonan tersebut harus gagal.
Ini
adalah sebagaimana yang telah diputuskan didalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corp
Bhd [1994] 1 MLJ 312 [Tab C muka – Ikatan Autoriti Defendan]. Hakim didalam
kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:
In our view, in order to succeed in his application under these orders, the
applicant must show that he has a defence which has some merits and which the
Court should try. To use common and plain language, the applicant must show
that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising
serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried because
obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the
application must fail.
Daripada
deraf Pernyataan Pembelaan, Mahkamah seterusnya perlu memutuskan samada
Defendan mempunyai pembelaan bermerit atau sekurang-kurangnya terdapat isu yang
dipertikaikan dan perlu dibicarakan. Ini adalah seperti yang diputuskan didalam
kes klasik PL Construction Sdn Bhd v Abdullah
Bin Said [1989] 1 MLJ 60 [Tab D muka – Ikatan Autoriti Defendan]. Hakim
didalam kes tersebut telah dipetik sebagai berkata:
The term ‘defence on the merits’ means a defence which discloses an
arguable and triable issue. The question for the court to consider now is
whether the draft statement of defence exhibited to Encik Ibrahims affidavit
discloses a defence on the merits or an arguable or triable issue.
Oleh
yang demikian, adalah penting untuk suatu Notis Permohonan untuk mengenepikan
Penghakiman Ingkar disokong oleh satu Afidavit Sokongan yang melampirkan
cadangan Pernyataan Pembelaan yang menyokong kes Defendan. Pengkalen Concrete Sdn bhd v Chow Mooi (Guarantor of Kin Hup Seng
Construction) &Anor [2003] 3 MLJ 67 [Tab E muka – Ikatan Autoriti
Defendan] menyatakan seperti berikut:
In setting aside the
judgment in default, there must be a defence on the merits adduced before the
court. Here, it was indisputable that the defendants had failed to produce a
draft statement of defence. Without it, the court could only conclude that the
defendants were definitely not serious in their attempts to challenge the
plaintiff
Prinsip
ini juga telah digunapakai oleh beberapa kes seperti Majlis Amanah Rakyat v Ismail Bin Maskor [2006] 3 MLJ 281 [Tab F
muka – Ikatan Autoriti Defendan] dan Lembaga
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja v Agni Energie Sdn Bhd & Ors [2014] 8
MLJ 565 [Tab G muka – Ikatan Autoriti Defendan].
Comments